Bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan berdepan dengan cabaran masa kerana peluang untuk hamil semakin berkurang apabila usia semakin meningkat. Majoriti pasangan tetap teguh dalam usaha mereka untuk hamil secara semula jadi jika mengalami kemandulan.

Walau bagaimanapun, masalah kemandulan yang serius memaksa pasangan untuk mencari rawatan kesuburan agar dapat cepat hamil. Kaedah paling biasa dan berhasil untuk sesetengah wanita wanita adalah persenyawaan in vitro atau rawatan IVF.

Apa Itu In Vitro Fertilization

Ia amat penting agar wanita tidak menangguhkan rawatan kesuburan dan mendapatkan bantuan seawal mungkin bagi mengelakkan pengurangan bilangan dan kualiti telur mereka. Masih ada ramai orang yang tidak tahu apa itu IVF? Artikel ini akan berkongsi maklumat yang penting dan tips IVF untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang terbaik di IVFKu.

IVF merupakan salah satu rawatan kesuburan yang paling efektif untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan.

Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma untuk menghasilkan embrio. Proses ini juga dikenalkan sebagai rawatan ‘bayi tabung uji’ kerana rawatan fertiliti ini dilakukan di dalam tabung uji makmal. Banyak pasangan telah berjaya dalam usaha untuk memperoleh anak selepas pengalaman IVF.

Beberapa selebriti Malaysia juga menjalani prosedur rawatan kesuburan dalam usaha mereka untuk menambah cahaya mata. Siti Elizad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara nama yang paling terkenal yang pernah mengalami proses IVF yang berjaya.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sebelum Rawatan IVF?

Para pakar obstetrik dan ginekologi pernah menasihati pesakit untuk membuat persediaan selama 2 hingga 3 bulan sebelum menjalani rawatan IVF di klinik rawatan kesuburan. Hal ini adalah demi memastikan rawatan IVF mendapat kejayaan yang tinggi.

Persediaan untuk rawatan IVF agak sama seperti semasa anda membuat persediaan untuk peperiksaan di sekolah atau universiti dahulu. Persiapan yang baik dan elok akan menjamin anda mendapat keputusan yang lebih baik. Perkara yang sama juga untuk rawatan IVF, anda juga perlu membuat persediaan untuk meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF anda.

Beberapa faktor yang mempengaruhi kadar kejayaan IVF adalah umur pasangan wanita, kualiti dan kuantiti telur wanita, kualiti sperma lelaki, kualiti embrio yang terhasil, dan juga rahim untuk implantasi embrio. Untuk penghasilan embrio yang elok, telur dan sperma yang berkualiti diperlukan.

Oleh itu, terdapat beberapa vitamin serta suplemen yang anda dan pasangan anda boleh ambil sebelum rawatan IVF untuk memastikan kualiti sperma dan telur adalah paling terbaik. Asid folik, multivitamin, minyak ikan omega 3, dan juga conenzyme Q 10 merupakan vitamin dan suplemen yang boleh diambil sebagai persediaan untuk rawatan IVF.

Selain itu, doktor juga akan memberi preskripsi senaman atau gaya pemakanan bagi meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF tersebut. Pesakit disarankan untuk hadkan pengambilan minuman yang berkafein sebanyak 200 mg maksimum sehari sahaja.

Pesakit juga disyorkan untuk mengelakkan daripada mengambil makanan laut yang mengandungi merkuri. Pengambilan alkohol juga tidak digalakkan. Amalan gaya pemakanan seimbang boleh membantu meningkatkan peluang pasangan untuk hamil.

Persiapkan Mental Untuk Rawatan IVF

Perkara yang paling penting yang pasangan suami isteri perlu sedar adalah rawatan IVF tidak selalunya berkesan. Terdapat kes di mana salah satu pasangan perlulah mengalami sebanyak lima kitaran rawatan sebelum disahkan hamil.

Oleh itu, ia sangat penting untuk anda berbincang dengan pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk menjalani rawatan IVF. Perkara yang perlu dibincangkan adalah harga IVF di Malaysia kerana kos rawatan IVF adalah berbeza bergantung pada beberapa faktor.

Anda perlulah membuat kajian dengan membandingkan harga rawatan kesuburan tersebut antara tempat yang berbeza. Adakah anda bersedia untuk menanggung kos untuk melakukan prosedur IVF? Apa yang perlu dibuat jika prosedur rawatan IVF tidak berjaya?